Skop Tugas
stjohn.ppc@smjk.edu.my August 2nd, 2017
Pengerusi
- Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran aktiviti dan memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.
- Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
- Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
- Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan.
Naib Pengerusi
- Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
- Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.
Setiausaha/ Penolong Setiausaha
- Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
- Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
- Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program.
- Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
- Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
- Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat
- Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.
Bendahari/Penolong bendahari
- Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
- Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan.
- Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan.
- Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
- Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.
- Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
- Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan kejohanan.
- Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau keduaduanya sekali.
Ahli Jawatankuasa
- Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti projek.
- Mempamerkan perancangan dan jadual tugasan
- Memastikan jadual tugasan dilaksanakan oleh ahli
- Sentiasa mengemaskini maklumat dan bahan nota
- Sentiasa mengutamakan tugas akademik
- Comments(0)